KAMPUNG BATU LAUT

SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG BATU 
LAUT

Kampung Batu Laut merupakan salah sebuah kampung yang tertua di Daerah Kuala Langat. Bagaimanapun tiada tarikh yang tepat bilakah sebenarnya kampung Batu Laut ini mula dibuka dan diduduki oleh orang ramai. Namun pada akhir tahun 1975, dua buah batu bersejarah telah dijumpai oleh Ketua Kampung pada masa itu (Allahyarham Yang Mulia Raja Ali bin Raja Abas) dan juga Allahyarham Tuan Haji Omar bin Amin di kawasan Lembah Sungai Mesuk. Batu bersejarah tersebut telah diserahkan kepada Persatuan Sejarah Kuala Langat dan disimpan di Muzium Negara hingga kini. Batu tersebut dikatakan peninggalan orang-orang Cina yang digunakan sebagai batu lesung untuk mengisar udang dan sebagainya.

Batu lesung tersebut seusia dengan penemuan Lesung Purba di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat dan dipercayai berusia sekitar 200 tahun. Ini bermakna kampung Batu Laut telah mula dibuka seawal tahun 1800. Perkara ini juga telah disahkan oleh Pengerusi Muzium Negeri Selangor, Y.B. Dato' Samad Maharuddin dan juga En. Amah Razali Yusuf selaku Pengerusi Persatuan Sejarah Kuala Langat.



ASAL-USUL NAMA KAMPUNG BATU LAUT

Perang saudara Selangor atau Perang Kelang berlaku antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi sekitar tahun-tahun 1868 hingga 1873. Tengku Kudin yang disokong oleh Sultan Abdul Samad (bersemayam di Istana Jugra) telah memenangi peperangan tersebut. Sementara itu, Raja Mahadi dan pengikut terus berundur. Raja Mahmud iaitu penyokong kuat Raja Mahadi telah berundur ke Daerah Kuala Langat.


Raja Mahmud dan pengikutnya telah meneroka kawasan pinggir pantai yang sekarang ini dikenali sebagai kampung Orang Asli Tanjung Sepat.

Pengikut Raja Mahmud serta beberapa orang Melayu menjadikan kawasan pantai ini sebagai tempat kediaman. Di kawasan lautnya pula terdapat seketul batu besar yang jaraknya lebih kurang 3km daripada pantai. Batu besar ini menjadi petanda bagi pelaut dan nelayan. Kawasan batu besar ini menandakan ada perkampungan baru. Oleh kerana batu tersebut terletak ditengah-tengah laut, maka masyarakat setempat menamakannya sebagai Kampung Batu Laut. Namun kini, batu tersebut telah hilang dari pandangan.


MAKLUMAT KHUSUS

1. Nama Kampung: Kampung Batu Laut


2. Mukim : Batu

3. Daerah : Kuala Langat

4. Negeri : Selangor

5. Dewan Undangan Negeri: N46 - Batu Laut

6. Kawasan Parlimen : P102 - Sepang



MAKLUMAT KEPENDUDUKAN

Keluasan Kampung : 8,820 ekar

Jumlah Penduduk : 3,397 orang

Rumah Kediaman : 950 orang

Bilangan Keluarga : 846 buah keluarga

Kedudukan : i. Dari Banting : 20km

                    ii. Dari KLIA : 50km
                   iii. Dari Shah Alam : 60km





Pertanyaan

Nama:
Email Anda:
Pertanyaan :

Create a web form here