10 SEBAB DOA TERHIJAB

“ Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankan-Nya. Beritahu kami, apakah sebabnya? “ Ibrahim Adham menjawab, “ Terhijabnya doa disebabkan sepuluh perkara…”


1) Kamu mengenali Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-Nya
( Perintah-Nya ).

2) Kamu membaca Al Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w., tapi kamu meninggalkan
amalan dan Sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya.

8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban
diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa menyukurinya.

10) Kamu mengkebumikan jenazah saudaramu, tapi kamu lupa mengambil
iktibar daripadanya.

0 ulasan:

Post a Comment

Pertanyaan

Nama:
Email Anda:
Pertanyaan :

Create a web form here